Wednesday, February 21, 2007

PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI

· Pengasingan dan kebebasan

1 hinga 6 bulan

Sehinggalah umurnya setengah tahun, bayi sepenuhnya mengenalpasti penjaga sebenarnya. Di samping berusaha ke arah menambah penguasaan dalam kemahiran asas pergerakkan dan refleks, bayi tidak mampu walaupun berfikir tentang proses mengenal identiti dirinya sendiri ketika bulan-bulan terawal. Tumpuan bayi pada waktu ini ialah mememenuhi kehendak segeranya untuk makan, kasih sayang dan perhatian.
Pada umur 4 bulan , bayi mula menunjukkan tanda-tanda meningkatnya nilai berdikari atau kebebasan pada dirinya bila, bayi mengetahui dengan menangis dia boleh mendapat perhatian. Itu adalah langkah pertama di dalam pembelajarannya yang memberinya nilai kebebasan dan berdikari serta bagaimana tingkahlakunya boleh memberi kesan kepada yang lain.
Pengkaji british, telah membuktikan bagaimana bayi sama sekali tidak langsung menyedari tentang kewujudan diri mereka. Pengkaji telah meletakkan beberapa orang bayi yang berumur bawah daripada 1 tahun di hadapan cermin untuk melihat sama ada mereka memahami pantulan imej mereka. Tetapi mereka tidak. Setiap bayi menepuk-nepuk cermin yang memaparkan imej mereka dengan bertingkah laku seperti melihat bayi lain. Dan apabila pengkaji menyapu pemerah pipi di hidung bayi dan meletakkan semula bayi tersebut di hadapan cermin, bayi kerap mencba untuk menyentuh pantulan imej hidungnya di cermin, bukan hidungnya sendiri.

7 hingga 12

Pada sekitar 7 bulan, bayi menyedari bahawa kebebasannya adalah terhadap ibu (atau penjaganya). Manakala ini adalah satu peringkat kognitif yang menarik. Pemahaman baru tentang pengasingan boleh membuat bayi kegelisahan. Bayi tahu kamu boleh meninggalkannya tetapi tidak tahu yang kamu juga boleh kembali semula. Jadi bayi akan menangis bila kamu meninggalkan mereka walaupun untuk seketika.

13 hingga 24

Pada waktu ini, bayi melakukan kemajuan dalam membezakan dirinya daripada ibubapanya dan daripada dunia sekitarnya. Pengkaji british, telah meletakkan pemerah pipi di hidung bayi yang berumur 21 bulan. Bila bayi ini melihat dirinya di cermin, mereka menyentuh hidung mereka sendiri; mereka sudah memahami pantulan imej mereka di dalam cermin.
Pada umur 2 tahun, mereka masih sedih jika ditinggalkan kepada pembantu, tetapi cepat pulih kerana dia berasa selamat. Pengalaman dan peningkatan kemahiran memori telah memberitahunya yang kamu akan kembali semula selepas pergi seketika. Kamu telah membina kepercayaannya dengan terus menunjukkan kasih sayang dan perhatian terhadapnya.

· Bersosial

1 bulan
Bayi sangat suka disentuh, dipegang dan berkukur (cooing) dan senyum. Pada bulan pertama, bayi akan mula mengkaji dengan melihat wajah kamu. Dia suka melihat wajah kamu dan memahami mimik muka. Apabila kamu mengeluarkan lidah dan lihat dia akan melakukan perkara yang sama.

3 bulan
Sekarang bayi akan mengambil masa yang banyak untuk melihat apa yang lalu disekelilingnya. Dia tidak akan memancarkan senyuman sebenarnya melainkan kepada ibubapanya. Akan datang dia akan mahir dalam kata senyum (smile talk) iaitu permulaan interaksi dengan kamu dengan melemparkan senyuman berserta bunyi menggogok.

4 bulan
Pada umur ini bayi lebih bersikap terbuka terhadap orang baru, menyambut mereka dengan teriakan riang. Masih lagi, tidak ada seorang pun yang boleh rapat dengan ibu dan ayah. Bayi akan menunjukkan reaksi yang lebih terhadap ibudan bapanya untuk memastikan yang kamu ada ikatan.

7 bulan
Kebanyakan masa, si kecil sibuk mengasah kemahiran untuk berhubung dengan kanak-kanak yang lain. bila 2 bayi bawah 1 tahun diletakkan bersebelahan dengan satu set permainan, mereka biasanya akan bermain di sisi yang berlainan tetapi bukan bermain bersama.


12 bulan
Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mula nampak seperti antisosial – menangis bila ditinggalkan atau gelisah bila berada dalam dakapan selain daripada ibubapanya. Kebanyakan bayi melalui kegelisahan apabia berpisah, yang mana mengambil masa di antara 10 dan 18 bulan. Kanak-kanak lebih suka kamu idak bergaul dengan orang lain dan akan gelisah bila kamu didapati tidak berada di sekitarnya. Kadang-kadang hanya keadiran kamu sahaja yang dapat menenangkannya.

13 hingga 24 bulan
Kanak-kanak mula tertarik dengan dunia, bagaimana semua benda berhubung dengannya. Sebagaimana mereka belajar untuk bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain, mereka juga belajar untuk berkawan. Mereka sangat gembira berkerjasama dengan kanak-kanak lain, sama ada sama umur atau lebih tua. Di antara umur 1 dan 2 tahun, walaubagaimanapun, kanak-kanak dengan keras menjaga barang permainannya, yang mana sangat susah untuk ibubapa berfikir anak-anak mereka harus belajar untuk berkongsi.
Ibubapa harus mengingatkan anak-anak mencontohi rakan mereka dan meluangkan banyak masa memerhatikan mereka.

· Memahami perkataaan, tingkah laku dan konsep

Bayi tidak lagi dapat bercakap dalam bahasa kita atau memahami sepenuhnya memahami apa yang kita cakap padanya tetapi bayi cepat belajar. Kajian menunjukkan, bayi mula mendengar suara ibubapanya sejak di dalam perut lagi. apabila lahir, bayi mula membunyikan ke dalam perkataan kita dan bentuk ayat untuk menangkap apa yang kita cakap. Bayi juga menggunakan kekuatan penyerapannya untuk belajar tentang sesetengah perkara yang rumit seperti sayang, kepercayaan, masa, serta kesan dan sebab – yang wujud di dalam dunia fizikal dan emosi.

Lahir hingga 1 bulan
Setiap saat ketika bayi berjaga, bayi menggunakan derianya untuk mendapatkan data baru dengan mencarinya sendiri. Bayi tidak mempunyai lagi maklumat yang digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak untuk menjelaskan apa yang mereka telah dapat tetapi bayi membina pengetahuan setiap hari. Ramai pakar mengatakan bayi memahami lebih daripada apa yang ibu bapa jangkakan tentang mereka.

Sebagai kemahiran hidup, bayi dengan penuh perasaan menyesuaikan diri terhadap orang di sekelilingnya. Dia boleh memahami bagaimana perasaan kita dan apa yang kita fikirkan melalui nada suara kita, gerakkan mulut, hembusan nafas, rasa kulit kita, dan kerlip mata kita.

2 hingga 3 bulan

Bayi akan terus menyerap apa sahaja di dalam persekitarannya. Aktiviti kegemarannya ialah melihat apa yang bergerak di sekitarnya, dan mula memahami kita akan menyuap dan meyejukkan makanan dan bermain dengannya bila dia memerlukan kita. Dia akan menggembirakan kamu dengan senyuman sebenarnya. Melalui senyuman bayi menunjukkan yang dia gembira dan suka terhadap ransangan yang diberi. Pada umur 3 bulan, bayi akan menambah bunyi ‘gurgling’ dalam senyumannya, iaitu bermulanya satu bentuk perbualan awal bayi.

4 hingga 7 bulan
Bayi sudah mengetahui namanya dan memahami yang kamu sedang bercakap dengannya. Dia akan memandang ke arah kamu bila kamu bercakap dengannya. Dia mula menyesuaikan diri terhadap bunyi suara kamu juga. Bila bunyi suara gembira, bayi akan beraksi gembira, dan bila kamu berkata keras terhadapnya dia akan sedih dan boleh menangis. Bayi juga mula mengenali di antara orang asing dan orang yang mereka kenal, bayi akan menangis bila kita meletakkannya di tangan seseorang yang tidak kenali.

8 hingga 12 bulan
Bayi mula memahami permintaan yang mudah. Misalnya perintah “jangan”. Bayi akan berhenti dengan memandang wajah kamu bila kamu mengatakan “jangan menyentuh alatan elektrik”.
Bayi juga menguji tindakan kamu terhadap tingkah laku yang mereka lakukan. Contohnya, bayi akan membuang makanan ke atas lantai hanya untuk melihat apa yang akan kamu lakukan, dan kemudian meyimpan tindakan kamu di dalam kotak memori atau ingatannya. Akan datang, bayi akan menguji sekali lagi untuk melihat sama ada kamu akan bertindak dalam kaedah yang sama.

12 hingga 18 bulan
Pada umur 18 bulan,bayi seharusnya mampu memahami dan menggunakan sekurang-kurangnya 50 perkataan. Dan dia akan mampu mengikut arahan kamu, walaupun jika mengandungi 2 arahan berbeza. Contohnya “ Ambil bola itu dan letakkan ke dalam kotak”.

19 hingga 24 bulan
Kanak-kanak pada waktu ini, mula memahami bukanlah satu keperluan bertemu dengan kamu (ibu). Dia cuba menerangkan pada dirinya sebagai contoh memeluk tubuhnya dengan meletakkan tangan di celah ketiak bila kamu mahu dia memegang tangan kamu.
Dia jua mula memahami konsep mudah seperti ruang dan dimensi. Ini bermaksud kemungkinan sekarang dia boleh meletakkan bersama satu asas puzzle, dan tahu perbezaan di antara segi tiga dan segi empat dan boleh meletakka setiap bentuk pada lubang yang bersesuaian dengan bentuknya pada shape-sorter.
Bayi juga dapat mengenalpasti sebab dan akibat. Dia tahu bila dia tekan tuil buka jack-in-the-box sebagai contoh, clown akan terpancul keluar. Kemahiran baru ini akan hadir bersama bila bayi bersedia dengan latihan tandas (toilet train).

Interaksi sosial bayi

Pengalaman sosial pertama bayi ialah dengan ibu bapa dan adik-beradiknya. Respons sosial pertama bayi ialah berbalas pandangan dan senyuman dengan ibu bapanya. Bayi juga ketawa apabila digeletek atau diusik oleh ibu bapanya.
Bayi mula berinteraksi dengan bayi lain apabila usianya mencapai 5 bulan. Apabila mereka sudah bolah bergerak di persekitaran, mereka akan mula merangkak dan memanjat badan orang yang paling rapat dengannya seperti ibu atau bapanya. Mereka mula merapati orang yang disukai apabila mereka telah boleh berdiri tegak. Selain itu, mereka juga pandai mengangkat tangan minta didukung. Bayi yang berusia 9 bulan sudah mula menawarkan alat permainan kepada orang lain. Walau bagaimanapun ia akan menangis atau melawan sekiranya ada orang cuba mengambil barangnya. Perlakuan ini adalah disebabkan oleh sifat egosentrisme yang dimiliki bayi. Sifat agresif bayi bertambah mengikut perkembangan usia tetapi pada masa yang sama, sifat bekerjasama pula turut meningkat. Kajian telah menunjukkan kesedaran kendiri (self-awareness) bayi muncul ketika bayi berusia 18 bulan. Pada masa yang sama bayi juga mempunyai pengenalan diri (self-recognition) yang ditunjukkan melalui keupayaan bayi mengenali imej diri.
Sebagai bukti, satu pemerhatian telah dijalankan oleh Lewis dan rakan-rakan tentang kesedaran kendiri di kalangan bayi yang berusia di antara 6 hiungga 24 bulan. Dalam kajian tersebut, pengkaji melihat kekerapan tingkah laku bayi menyentuh hidung di depan sebuah cermin setelah hidung mereka dibubuh pewarna merah. Kajian mendapati terdapat peningkatan dari segi kekerapan menyentuh hidung di kalangan bayi berusia 18 bulan. Ini menunjukkan bayi berusia 18 bulan sudah mengenali diri sendiri kerana mereka tahu bahawa hidung mereka tidak bewarna merah.
Kesedaran kendiri merupakan satu peningkatan yang besar dalam keupayaan memahami orang lain serta berhubung dengan mereka. Sebaik sahaja mereka mempunyai kesedaran kendiri, mereka sedar tentang kecenderungan mereka memilih orang yang ingin bersama. Misalnya, mereka lebih menyukai rakan sepermainan yang sejantina atau lebih mengutamakan rakan yang terdiri daripada kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. Mereka juga dapat membentuk perasaan empati, memikirkan perasaan diri sendiri, dan tahu bahawa orang lain tidak akan tahu apa yang difikirkan oleh mereka. Pemahaman ini menyebabkan mereka membentuk keupayaan untuk berbohong. Sebagai kesimpulan, pembelajaran tentang kendiri manusia bermula sejak bayi.keupayaan ini mempengaruhi hubungan antara manusia dan menjadi asas kepada kecekapan sosial, hubungan rakan sebaya, dan identiti kejantinaan.

1 comment:

HK2005-6075 said...

setuju.. fakta yang menarik..