Wednesday, February 21, 2007

PERKEMBANGAN OTAK & KOGNITIF BAYI

PERKEMBANGAN OTAK

Semasa lahir, otak bayi (dalam gram) hanya 25 peratus daripada bahagian berat otak orang dewasa. Saiz ini meningkat ke 66 peratus semasa akhir tahu pertama, 76 peratus pada umur 2 setengah tahun dan 90 peratus daripada berat otak orang dewasa semasa berumur 5 tahun.

Sistem saraf bayi juga berkembang pesat semasa peringkat bayi. Ahli-ahli psikologi mendapati bayi mempunyai lebih banyak neuron daripada orang dewasa. Sebenarnya setengah daripada jumlah keseluruhan neuron dihasilkan semasa bayi. Percambahan neuron pesat semasa kanak-kanak mencapai 2 tahun dan kemudian menurun sehingga berumur 16 tahun (Goldman-Rakic et al., 1983)

PERKEMBANGAN KOGNITIF BAYI

Apabila memperkatakan tentang perkembangan kognitif, kita tidak dapat lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif Piaget. Jean Piaget (1896-1980) merupakan tokoh terkenal dalam Teori Kognitif. Beliau berpendapat kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan objek, idea dan bergaul dengan orang lain. Selain itu, Piaget berpendapat perkembangan kognitif adalah proses pembangunan intelektual yang berguna bagi beradaptasi dengan persekitaran. Piaget telah mengenalpasti empat tempoh masa utama atau peringkat bagi perkembangan kognitif iaitu:

1) Peringkat Deria motor Lahir - hingga 2 tahun
2) Peringkat Praoperasi - 2 hingga 7 tahun
3) Peringkat Operasi konkrit - 7 hingga 11 tahun
4) Peringkat Operasi formal - 11 tahun dan seterusnya

Bagi peringkat perkembangan kognitif bayi, kita akan menghuraikan perkembangan pada peringkat deria motor iaitu semenjak lahir hingga 2 tahun. Terdapat beberapa tahap dalam peringkat deria motor.

1. Aktiviti reflex
Piaget menyifatkan bulan pertama kelahiran adalah tahap bagi aktiviti refleks – satu tempoh bila aksi seseorang bayi adalah sangat terhad untuk melatih bakat refleks, menyerap objek baru ke dalam aktiviti refleksi ini (contoh menghisap selimut dan alat permainan seperti menghisap puting) dan menyesuaikan pergerakkannya dengan objek baru.sudah tentu, ini bukanlah satu intelek yang tinggi, tapi penyesuaian primitif ini yang menggambarkan permulaan perkembangan kognitif.

2. Primary circular reactions ( 1 hingga 4 bulan)
Merupakan sub-tahap kedua dalam peringkat sensorimotor Piaget. Pada peringkat ini, bayi menunjukkan tindak balas yang mereka dapat mengulangi reaksi. Satu tindak balas yang menyeronokkan, berpusat pada tubuh bayi itu sendiri, ia ditemui melalui peluang dan tindakan yang berterusan. Contoh menghisap ibu jari dan membuat bunyi kukur.

3. Secondry circular reactions ( 4 hingga 8 bulan)
Bayi sudah tahu membuat perancangan dan pelarasan sendiri seperti mendapatkan objek yang menarik perhatian mereka. Satu tindak balas yang menyeronokkan, berpusat pada objek luaran, ia juga ditemui melalui peluang dan tindakan yang berterusan.
4. Coordinatian of secondry schemes ( 8 hingga 12 bulan)
Kanak-kanak mula menunjukkan tanda kecerdikan mereka. Di mana mereka mula mengatur dua atau lebih aksi untuk mencapai objektif yang mudah. Contoh jika kita meletakkan alat permainan yang menarik di bawah bantal, bayi yang berada pada umur ini akan mengangkat bantal tersebut dengan sebelah tangan dan menggunakan tangan yang satu lagi untuk mendapatkan permainan tersebut.

5. Tertiary circular reactiaons ( 12 hingga 18 bulan)
Kanak-kanak sudah kreatif menyelesaikan masalah menggunakan strategi dan menilainya. Merupakan satu aktiviti menerokai di mana bayi memikirkan kaedah baru beraksi ke atas objek untuk menghasilkan semula keputusan yang menarik. Contohnya, seorang bayi yang ingin membuatkan itik getahnya berbunyi akan melakukan pelbagai cara seperti menjatuhkannya, memijak, menghempap dengan bantal untuk melihat sama ada aksi-aksi tersebut akan memberi kesan yang sama atau berbeza terhadap itik getah tersebut.

6. Symbolic problem solving (18 hingga 24 bulan)
Mula menggunakan simbol buat pertama kali. Simbol banyak membenarkan mereka melentur pelbagai masalah. Ia juga dikenali sebagai inner experimentation. Merupakan tahap keupayaan menyelesaikan masalah mental yang mudah atau simbolik. Peringkat tanpa mempunyai pergantungan kepada pengalaman cuba dan salah (trial-and-error).

1 comment:

Miss Cendawan said...

tq...nota ni skit sbyk bntu sy dlm siapkn assigmnt..