Thursday, March 29, 2007

PENGENALAN

Bayi adalah satu tempoh permulaan hidup manusia selepas dilahirkan. Manusia digelar bayi pada peringkat umur mula lahir hingga berusia 2 tahun. Oleh itu, seecara fizikalnya, bayi berkembang pada umur 2 tahun pertama. Bayi berkembang pada berat dan tinggi. Perubahan pada kemahiran motor dan kognitif juga berlaku dengan cepat.

PENAMPILAN FIZIKAL BAYI

Bayi yang baru dilahirkan mempunyai ukuran panjang 19-21 inci dan ini bergantung kepada saiz uterus ibu berbanding genetik. Berat bagi bayi yang baru dilahirkan pula kira-kira 7. 7.5 paun. Selepas bayi keluar dari vagina, kepala bayi tidak berbentuk sempurna, muka bengkak dan hidung agak rata. Ini disebabkan oleh tekanan semasa melalui saluran kelahiran. Bayi yang baru dilahirkan ini juga diselaputi oleh selaput berwarna putih dan melekit. Selaput ini dipanggil vernic caseosa dan ia berfungsi sebagai pelindung bayi daripada bakteria.

OTAK BAYI PADA PERINGKAT AWAL

Bayi yang baru dilahirkan mempunyai kira-kira 100 bilion neuron. Perkembangan yang berlaku merangkumi perkembangan dan pembentukan sel yang mengandungi berbilion talian sinaps. Persekitaran yang tidak sesuai seperti janin yang didedahkan kepada dadah dan alkhohol dapat mengganggu perkembangan ini. Ini akan menyebabkan berlakunya kematian sel dan hilangnya hubungan antara neuron.

PENGLIHATAN BAYI

Bayi yang baru dilahirkan mempunyai penglihatan yang teruk dan mereka hanya dapat melihat sejauh 20 kaki sahaja. Penglihatan mereka kabur berbanding orang dewasa. Kebiasaannya bayi lebih tertarik kepada objek yang menyerlah, objek yang bergerak, bahagian yang terang dan bahagian yang besar.

TELINGA PENDENGARAN

Pada masa dilahirkan seseorang bayi sudah mempunyai telinga yang cukup berkembang. Telinga dalam dan telinga tengahnya sudah mencapai peringkat dewasa pada masa dilahirkan lagi. Cuma, fungsi telinga bayi kurang baik. Bayi yang baru lahir tidak dapat mendengar bunyi yang wujud dalam masa yang sekejap dan bayi lebih tertarik kepada suara yang pic yang tinggi seperti suara wanita. Bayi lebih mudah mendengar bunyi yang datang dari arah kiri berbanding kanan.

DERIA RASA

Bayi yang baru lahir tidak memberikan reaksi kepada rasa garam, gula, air limau, apabila diletakkan pada lidah. Ini menunjukkan bayi kurang mempunyai kuasa merasa sesuatu. Walaupun begitu, kebolehan merasa ini berkembang dengan cepat kerana dalam masa 2 minggu selepas dilahirkan ia dapat membezakan antara rasa manis dengan perbuatan menghisap dan rasa pahit dan masam dengan mengerutkan muka.

HIDUNG DAN DERIA BAU

Deria bau bayi sudah cukup berkembang pada masa ia dilahirkan dan terus berkembang apabila meningkat besar. Bayi adalah lebih peka kepada bau daripada orang dewasa .Penyelidikan menunjukkan yang bayi dapat membezakan di antara bau yang menyenangkan dengan bau yang sebaliknya. Beberapa jam selepas dilahirkan, bayi diuji dengan amonia dan didapati bayi mempunyai reaksi yag negatif (Lipsitt, Engen dan Kye, 19630). Mereka juga menunjukkan kelakuan menghisap apabila terbau bau yang menyenangkan dan menunjukkan muka yang kecut dan memalingkan muka ke tempat lain apabila terbau bau yang tidak menyenangkan.

KULIT DAN KINESTETIK

Kulit bayi mempunyai jalinan yang sangat nipis. Sungguhpun begitu, struktur kulit bayi lengkap seperti struktur kulit orang dewasa. Oleh itu, kulit bayi sangat sangat peka pada semua rangsangan yang kena pada kulitnya. Ia lebih merasakan panas dan sejuk dan memberikan gerak balas yang kuat kepada sentuhan atau geletekkan dibandingkan dengan gerak balas yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lebih besar.
Bayi juga terlalu perasa pada perubahan kedudukan badannya. Sekiranya bayi itu terjatuh, ditarik kepalanya ke atas, ia akan memberikan gerak balas bagi menyesuaikan kedudukannya. Jika bayi yang baru dilahirkan dipegang dengan tegak, kakinya akan terkapai-kapai seperti orang berjalan. Gerak balas ini kemudiannya berkait dengan daya mengekalkan kedudukantegak masa berjalan, menunjukkan yang bayi itu berkebolehan memberikan reaksi kepada alat-alat perasa yang terletak pada urat daging dan juga di dalam saluran separuh bulat yang terdapat di dalam telinganya bagi menentukan keseimbangan badan.


No comments: