Monday, April 9, 2007

ISU-ISU BAYI

MERANGSANG BAYI

Bayi perlukan bantuan untuk dirangsang. Ibu bapa adalah orang yang paling utama dalam membantu bayi menerima rangsangan. Rangsangan dapat membantu proses perkembangan bayi sama ada dari sudut biologi, kognitif dan sosiologi.

Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik. Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jika diteruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikan kesan negatif.

Antara bentuk rangsangan yang boleh diberikan ialah:

Bercakap dan berkomunikasi

  • Ketika bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu perlu bercakap mesra dengannya sambil memberi senyuman dan mencium badan bayi.
  • Sewaktu menyusu ibu boleh memberi rangsangan seperti bercakap kepadanya dengan kata-kata belaian. "anak mak sayang"- "anak mak lapar ye.
  • Semasa mandi dan tukar lampin. Waktu ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk berinteraksi dengan bayi. Bayi nampak sangat selesa dengan dibelai dengan kata-kata mesra seperti "anak mak dah wangi"- "anak mak cantik" dan sebagainya.
  • Ketika hendak tidurkan bayi bolehlah dialunkan dengan lagu, zikir atau bercerita dengan bayi.

Bahasa yang digunakan dalam berinteraksi dengan bayi dapat membantu minda bayi membentuk bahasanya. Melalui perbualan yang mesra dapat mempertingkatkan perkembangan bahasa bayi.

Bermain

  • Cium tapak tangan
  • Tepuk tangan bayi
  • Bernyanyi
  • Menggerakkan kakinya.

Dengan bermain bersama bayi dapat merangsang mindanya serta membina emosi gembira bayi. Bayi yang selalu berada dalam emosi gembira akan membentuk perkembangan dan personaliti yang positif.

Membina suasana

  • Bilik yang cerah dan pengudaraan yang baik
  • Lagu yang harmoni
  • Sekelilingnya dihiasi dengan ambar yang berwarna-warni.
  • Alat-alat permainan

Suasana dan persekitaran yang nyaman dan bersih memberi ketenangan dan kesihatan terhadap bayi. Ini dapat membantu membina perkembangan yang baik terhadap bayi. Melalui gambar-gambar dan alat-alat permainan disekelilingnya membantu bayi menambahkan lagi maklumat dalam mindanya. Semasa peringkat ini, bayi hanya mampu observe apa sahaja yang ada di sekeklilingnya tetapi tidak dapat menggunakannya. Lebih banyak yang di observe oleh deria bayi lebih cepat berlakunya perkembangan intelektual bayi.

Teman ketika sunyi

  • Membaca cerita
  • Bermain
  • Berzikir
  • Menyanyi

Adakalanya bayi juga merasa kesunyian dan bosan. Oleh itu, bayi memerlukan teman untuk mengisi kesunyiannya. Ini biasanya berlaku apabila semua keperluannya seperti tidur, menyusu, dan mandi sudah dipenuhi. Oleh itu, untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.

Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinterkasi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.

Sunday, April 1, 2007

SOALAN-SOALAN

SOALAN OBJEKTIF

1) Dari sudut psikologi, manusia digelar bayi pada peringkat umur __________ .
a) 1 hingga 2 tahun
b) Lahir hingga 1 tahun
c) Lahir hingga 2 tahun
d) 12 bulan pertama


2) Berapakah jarak penglihatan bayi yang baru dilahirkan?
a) Sama dengan dewasa
b) 50 kaki
c) Masih tidak dapat melihat
d) 20 kaki

3) Apakah kesan terhadap otak bayi jika semasa di dalam kandungan dia terdedah kepada alkhohol dan dadah?
a) Kematian sel dan hilangnya hubungan antara neuron.
b) Neuron di dalam otak bayi aktif berhubung antara satu sama lain.
c) Otak bayi tidak dapat berfungsi.
d) Otak bayi akan mengalami kecederaan.

4) Berapakah panjang ukuran bayi semasa dilahirkan?
a) 15-17 inci
b) 19-21 inci
c) 23-25 inci
d) Lebih kurang 50 inci

5) Berapakah berat bayi semasa dilahirkan?
a) 2.5 hingga 2.8 kg
b) 3.5 hingga 3.8 kg
c) 1.8 hingga 1.5 kg
d) 2.0 hingga 2.3 kg


6) Menurut Piaget, pada peringkat perkembangan kognitif bayi berada pada peringkat __________ .
a) Praoperasi
b) Deria motor
c) Operasi konkrit
d) Operasi formal


7) Pada tahap secondary circular reactions _________
a) Kanak-kanak sudah kreatif menyelesaikan masalah menggunakan strategi dan menilainya.
b) Bayi menggunakan simbol untuk menyelesaikan masalah.
c) Bayi mula mengatur dua atau lebih aksi untuk mencapai objektif yang mudah.
d) Bayi sudah tahu membuat perancangan dan pelarasan


8) Bagi piaget, pada tahap umur berapakah bayi mula menggunakan simbol bagi menyelesaikan masalah?
a) 4 hingga 8 bulan
b) 8 hingga 12 bulan
c) 12 hingga 18 bulan
d) 18 hingga 24 bulan

9) Apakah bidang yang perlu dikuasai oleh seseorang kanak-kanak sebelum pandai berkata-kata?
I) Fornologi
II) Semantik
III) Sintaksis
IV) Pragmatic

a) I, II, dan III
b) I dan II
c) I,III,dan IV
d) Semua di atas


10) Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan terbentuk di antara __________ .
a) Bayi dengan persekitaran
b) Bayi dengan penjaganya
c) Keluarga dengan bayi
d) Bayi dengan bayi yang lain

11) Apakah fungsi perapatan bagi bayi?
a) Bagi memenuhi keperluan-keperluan asas, keselamatan dan kasih sayang.
b) Membina perkembangan kognitif dalam mengumpul maklumat.
c) Supaya bayi ada teman bermain dan berkongsi masalah.
d) Bayi tidak berasa sunyi dalam tempoh perkembangan.

12) Apakah yang dimaksudkan oleh Ainsworth dan rakan-rakan (2001) dengan perapatan selamat?
a) Menunjukkan tingkah laku negatif ketika ibunya kembali seperti menolehkan muka dan tidak mahu didukung
b) Menangis bila ibunya pergi dan mengelak bila ibunya pulang
c) Bayi berasa sedih atau marah bila ditinggalkan ibunya tetapi berasa tenang dan gembira sebaik ibunya kembali.
d) Tertekan dan risau apabila ibu meninggalkannya seolah-olah mereka sangat rapat dengan ibunya tetapi tekanan tidak dapat diatasi dengan kepulangan ibu.

13) “Kanak-kanak sudah kreatif menyelesaikan masalah menggunakan strategi dan nilai“. Pernyataan ini merujuk kepada tahap _________ .
a) Coordination of secondry scheme
b) Tertiary circular reactions
c) Secondry circular reactions
d) Primary circular reactions


14) Gerakan refleks adalah
I) Bersifat automatik
II) Gerakannya dapat dikawal
III) Wujud sebagai tindak balas terhadap rangsangan persekitaran
IV) Gerakan yang berlaku ketika bayi sahaja.
a) I dan II
b) I,II, dan III
c) I dan III
d) Semua di atas

15) Melalui penyataan di bawah, ia menjelaskan berkaitan keadaan perapatan bayi.
I) Tidak berminat dengan alat permainan dan persekitaran walau ibunya ada bersama.
II) Berasa risau dan tertekan apabila ibu meninggalkannya seolah-olah mereka sangat rapat.
III) Namun tekanan yang dialami tidak dapat diatasi dengan kepulangan ibunya.
IV) Menunjukkan kemarahan apabila kepulangan ibunya.

a) Perapatan tidak selamat dan pengelakan
b) Perapatan selamat
c) Perapatan bercelaru
d) Perapatan tidak selamat dan penentangan

16) Menurut Piaget manusia dapat memperolehi maklumat melalui:
I) Interaksi dengan objek.
II) Bergaul dengan orang lain
III) Tidur dengan cukup
IV) Berimaginasi

a) I,II, dan III
b) I,dan II
c) II dan III
d) Semua di atas

Soalan 17 hingga 21 anda diminta nyatakan betul atau salah pernyataan tersebut

17) Bayi yang baru dilahirkan memberi reaksi terhadap semua rasa seperti masin, manis, dan masam.
Betul / salah

18) Bayi yang baru dilahirkan adalah lebih peka kepada bau daripada orang dewasa.
Betul / salah

19) Bayi sangat peka pada semua rangsangan yang kena pada kulitnya berbanding dengan kanak-kanak yang lebih besar.
Betul / salah

20) Bayi lelaki biasanya mempunyai saiz badan yang lebih besar daripada bayi perempuan.
Betul / salah

21) Fungsi pendengaran bayi semasa dilahirkan sama dengan fungsi pendengaran orang dewasa.
Betul / salah

SOALAN SUBJEKTIF

1) Terangkan bagaimana interaksi sosial bayi berlaku

2) Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan refleks dan terangkan jenis-jenisnya

3) Pada pendapat kamu, apakah yang yang harus ibu bapa lakukan dalam membina perkembangan kognitif bayi.